Cara Menyembunyikan File Dalam Gambar - Sang Ilusi

Latest

Fools sharing

Lebih banyak kita kongsi,Lebih banyak kita dapat

Cara Menyembunyikan File Dalam Gambar

Tutorial kali ini yang saya nak kongsikan ialah bagaimana nak sembunyikan file di dalam gambar. Mesti korang ade kan file,diari atau gambar-gambar private yang nak dikongsikan dengan orang-orang tertentu sahaja kan.Dulu boleh la hide dengan setting kat folder option , tapi cara  tu dah tak boleh guna dah sebab semua orang dah tahu cara nak unhide file tu . Tapi korang tahu tak ada salah satu lagi cara nak sembunyikan file sulit korang tu dengan command prompt sahaja? Ok , kalau yang tak tahu lagi ikut langkah di bawah 

Apa yang perlu ada untuk menjayakan trik ini?
- CMD ( Command Prompt )
- Winrar 

Untuk pengguna Window, CMD memang sudah tersedia di window  , kalau yang takde Winrar tu boleh download Winrar versi yang terbaru di SINI
 
Langkah-Langkah : 

1.Buat satu folder di Desktop korang dan letakkan nama di folder tu . Contohnya Hello

2.Letakkan gambar dan file yang nak di sembunyikan tu dalam folder yang korang buat tadi.Untuk tutorial kali ni saya gunakan hello.jpg dan hello.txt sebagai bahan

3.Saya menggunakan hello.txt sebagai file yang nak disembunyikan Klik kanan di file yang nak disembunyikan itu dan pilih Add to archive.. 

4.Kemudian paparan sebegini akan keluar dan pastikan untuk archieve format korang pilih ZIP dan klik OK

Dan folder korang akan ada 3 item macam ni

5.Seterusnya buka program RUN ( Shortcut : WIN+R ) dan search cmd dan klik ok

6. Kemudian akan keluar CMD

7.Taip cd /d \Users\NAMA USER PC ANDA\Desktop di cmd dan tekan enter.Untuk command prompt versi terbaru ni tak boleh klik kanan dan paste sebab tu perlu taip sendiri, untuk yang versi lama boleh klik kanan dan paste. 
Tulisan warna merah tu tukarkan dengan username PC anda contohnya di PC saya ,saya menggunakan username HACKER 

Kalau tak tahu username, cuba lihat di sebelah kiri command prompt tu ada C:\Users\blabla kan? Copy command tu dan tambahkan cd /d di depan contohnya kalau username pc korang nama Matahari jadi command dia akan jadi macam ni cd /d \Users\Matahari\Desktop
8. Taip cd NAMAFOLDER dan tekan enter. Gantikan tulisan warna merah tu dengan nama folder yang korang buat tadi .

Dan akan jadi macam ni

9. Taip dir /w/a untuk lihat file yang ada dalam folder tu

10. Taip copy /b NAMAGAMBAR + NAMAFILE.ZIP dan klik enter . Gantikan tulisan warna merah tu dengan korang punya nama gambar dan file . Contohnya kalau yang saya punya akan jadi macam ni copy /b hello.jpg + hello.txt

11.Selesai! Gambar tu boleh buka seperti biasa dan tidak ada apa-apa perubahan tapi kalau nak tengok file yang telah disembunyikan tu ikut langkah di bawah pulak

Cara nak tengok file yang telah disembunyikan dalam gambar

1,Klik kanan pada gambar tu dan pilih open with winrar

Kalau tak keluar winrar di list Open with tu klik di Choose another app dan pilih winrar

Tada!!!  file yang disembunyikan tadi boleh dilihat di Winrar!