Cara nak kongsi file secara rahsia menggunakan OnionShare di Darknet - Sang Ilusi

Latest

Fools sharing

Lebih banyak kita kongsi,Lebih banyak kita dapat

Cara nak kongsi file secara rahsia menggunakan OnionShare di Darknet


Tutorial kali ini yang saya ingin kongsikan ialah cara kongsi file secara "anonymously" atau secara rahsia/sembunyi menggunakan OnionShare di Darknet . Selalunya ramai pengguna internet sekarang menggunakan 'File Hosting' atau 'Cloud Storage' seperti Google Drive,Mediafire,Dropbox dan lain-lain lagi untuk kongsi file tetapi ianya boleh dicari dengan mudah . Bagi hacker ataupun sesiapa saja yang ingin menghantar file secara rahsia dan tidak mahu identiti mereka terbongkar , Onionshare amatlah sesuai !

Apa Kelebihan menggunakan OnionShare untuk kongsi file?
File anda 100% dijamin selamat dan 'Annonymously'

Sebelum guna tu pastikan di Window kamu tu ada Tor Browser kerana Onionshare akan berfungsi melalui Tor Service . Kalau tak ada lagi boleh download kat sini ==> Tor Browser 

Cara nak guna OnionShare di Darknet 

1. Download OnionShare di sini
2. Install OnionShare 
3. Lepas siap install buka OnionShare

4.Kemudian klik di Add File dan pilih file yang nak dihantar

5. Lepastu Klik Start Sharing dan bila selesai akan keluar URL macam ni

6. Copy link tersebut dan buka di Tor browser  ( Domain .onion hanya boleh dibuka di Tor Browser ) 

7. Kemudian tekan butang biru tu untuk download dan selesai :v 

#Note : Proses download tu hanya boleh dilakukan sekiranya penhantar tidak menutup OnionShare kerana jika OnionShare ditutup link tersebut secara automatiknya tidak boleh digunakan lagi . So kalau nak share kat kawan tu pastikan kawan anda dah download file/data tu dulu sebelum kamu tutup OnionShare

Mudah kan? Kalau membantu sila Share :) . Lagi banyak ilmu kita share lagi banyak kita dapat




No comments:

Post a Comment